Sunday, November 14, 2010

FILEM . 1

‎...banyak bezanya antara 'ART' dengan 'Macam Art'.., apabila kita mengatakan 'ART', lalu membikinnya tanpa 'Ilmu'.., nescaya ianya sedang menuju kepada sebuah kehancuran yang maha dasyat.., lebih dasyat dari kehancuran2 yang ada.., ianya boleh menyesatkan, dan telahpun berlaku !!!...

Friday, November 12, 2010

FILEM

"..ianya tak semudah kau mengupah aku..
  ..ianya adalah pencarian kita bersama.."

"..ianya apabila bukan dari kata2 mulut..
  ..bukan juga dari kata2 di atas kertas.."

"..atau kalau tidak, kau upahlah aku sewajarnya..
  ..atau kau bercerita sahaja dengan mulut di mana2..
  ..atau kau novelkan.., cerpenken sahaja.."

"..jangan pula bila kau menulis skrip..
  ..kau sangka ianya filem.."

Wednesday, June 9, 2010

KATA FIKIR KU - 2

...mengenal.., mengetahui.., dan menuntut kepakaran..
adalah menjadi kegemaranku.., namun sangat kupasti..,
bahawa aku tidaklah 'MAHA' untuk ketiga-tiga itu..

Monday, May 17, 2010

KASIH buat YASMIN (antara nota yang pernah ku publish di FB ku)

Dulu..

waktu aku.., pertama kali menonton 'Sepet'..,
ada benda yang bermain dalam kepala aku.., ada perkara..
aku tonton, aku terima, aku berfikir, dan aku menilai..
hmm..

ya...

aku terhibur dengan cara dan tahap aku sendiri..

aku tak kata filemnya hebat..

namun ianya sebuah filem yang lulus..

aku bagi 40 per seratus..

dan dalam hati aku, terdetik "...wah, lulus ar.."

yang pada waktu itu filem tempatan yang lulus tak lebih dari 5 buah filem pun.., heh

(mungkin sampai sekarang pun masih tak lebih kot)


macam ni la..

aku suka orang bikin atau buat filem..

maksud aku filem dan ilmiahnya, serta penceritaan yang 'jujur'..

aku tak pernah harap seseorang pengarah itu terus 'menjadi'..

namun cukup apabila aku tahu seseorang itu cuba berkarya.., membuat 'filem'..!!!

dan bukannya sekadar 'menyiapkan' sebuah filem..!!!

jauh sekali apabila ianya semata-mata produk perniagaan..!! (terutama bagi mereka yang ingin kaya hingga ke kubur)..


Yasmin Ahmad..


bagi aku.., walau filemnya agak 'preachy'..

walau screenplay dan lakonannya tidak sejujur mungkin..

walau bahasa visual dan olahannya juga tidak sejujur mungkin..

namun dia jelas.., jelas cuba membuat filem..

dan keberanian dan percubaannya itulah.., aku sangat hargai..

Aku hargainya !!!

Dia jauh lebih berharga dan mahal dari hamba2 duit..


Aku ada sejarah aku tersendiri..

maksud aku, sejarah bersama Yasmin..


heh...


barangkali tak perlu ku ceritakan

bukanlah rahsia.., hanya tak perlu..


pernah kami ber'facebook'..,

pernah juga bercerita perihal filem kegemaran masing2..


ya..

aku ingat..; )

_ _ _ _ _ _


nanti..

bila ada rentetan sejarah perihal cinema Malaysia..

aku tahu, namanya akan terukir..

terukir sebagai orang yang berani..

berani mencuba untuk membawa perubahan..

membawa harapan..

harapan untuk orang2 berani yang lain..

orang2 yang bukan robot.., bukan hamba.., dan bukan katak..


heh..

_ _ _ _ _


waktu aku menulis ini..

aku masih di Terengganu, dalam pengambaran sebuah filem..

masa aku tiada untuk pulang mengiring pemergian tubuhnya..

hanyalah doa..


ya..


hanya doa


juga secebis kasih..



-Khir Rahman-

Thursday, May 6, 2010

KATA FIKIR KU - 1

...JANGAN HULUR KAD PENGENALAN,
    BUKAN DI SITU DINILAI IMAN...