Monday, January 10, 2011

JUARA LAGU 25 - ..'double faces' Juara lagu.., antara 'originality', 'dimensi', 'quality' dan 'populariti' dari qiblat, pemikiran juga fahaman Juri.., dan.. lalu.. maka.. akibatnya.. ia adalah 'rezeki' Ana Rafali..

Assalamualaikum, buat ahli majlis semua.., nampaknya lama sangat saya tak turun meeting di sini.., jadi.., sebagai Tuan Pengerusi saya mohonkan keampunan terlebih dahulu.., kerana masa yang diluangkan agak kurang.., maklumlah.., banyak perihal negara yang harus saya tangankan..

baiklah.., berkenaan Juara Lagu yang ke 25 ini.., hmm...

sebelum tu.., kepada sesiapa yg nak merokok.. silakan.. sebab saya jugak merokok.., haha..

ni.., hal juara lagu ni.., macam mana..? lama saya duk perhati.., sebenaqnya pa dia juara lagu ni..? juara lagu ni apa dia..? ..kalu ikut dari pemerhatian saya.., juara lagu ni macam ada 'salin kulit'.., ini yang buat kita semua ni keliru.., a dak.., bukan la ni sahaja.., kekeliruan ini dari dulu lagi... a dak.., macam ada dua muka.., two faces.., atau double faces.., macam cerita apa tuh..? ...haa...cerita batman.., mula2 katanya lagu2 yg duk bertanding tu ikut undi.., dengaq cerita la.., a dak.., maknanya apa..? maknanya depa duk tarik lagu2 yang dikatakan popular la.., a dak.., popular.., popular maca mana..? dan sebab apa..? ha ini kita tak tahu..

meh pas ashtray tu sat..
(ashtray dihulur)

ma kasih..

a dak..? kat mana tadi..?... haa.., popular.., lagu yang diundi tinggi.. a dak.., maka barulah lagu2 itu di tarik ke peringkat..? ..separuh..? ..akhir.. a dak..

haha..

ha ini..!

maka bila kita kata lagu popular.., maknanya apa..? maknanya.., lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir tadi.., boleh jadi berkualiti.., dan boleh jadi jugak tak..? ..tak berkualiti.. a dak? maknanya baguih tak baguih tu belakang ceritaa la.., a dak? Nasib la.., dah diundi.., biaq pi kat penonton la.. a dak? Dah kata lagu popular.., ..Tapi ni tidak.., tang separuh akhir ni la depa duk salin kulit..! wajah dan pendirian berubah.., tukaq mazhab.., pasang juri..dan dan nak carik lagu berkualiti nak bawak pi masuk peringkat akhir.., pasai apa..? time undi dulu takdak pulak pasang juri ke hapa ka.. adak? Kalu betui nak carik lagu berkualiti.. dah berlambak lagu berkualiti tergadai terkorban sepanjang tahun tuh..

.. a dak?

.. a dak..? ini yang buat orang keliru.., a dak an?

Boleh la.., tapi biaq jelas la.., ni dari waktu diundi pun tak teluih.., a dak? Tau tau dah terpilih.., terpilih macam mana.? Ha ini kita tak tahu.. a dak? kut nak pilih ikut artis ni lahir dari program terbitan mana ka..? haha..

Haa.. a dak..? haha..

Ha tu belum tanya lagi.., kualiti macam mana..? apa garis ukurnya..? balik zaman sekolah punya exam ka..? atau nak ikut arus politik ka..? atau nak ikut arus muzik dunia ka..? apa..?! Malaysia duk sibuk satu Malaysia.., lagu pun nak kena pilih ikut satu Malaysia ka..? haha.., apa dia nih.., haha..a dak..?

Dah lah budaya kita kat sini budaya ngikut.., barat duk buat macam tu kita buat macam tu.., barat duk buat lagu ni kita pun buat lagu ni.., kalu makin baguih tak pa la.., ni separuh tu makin hancuq.., haha.., a dak..? identii muzik pun tak da..

A dak..? haha..

Huuh.., dahaga tekak..
(meneguk air.., dan menyalakan sebatang lagi rokok)

Ha..?

A dak?

Ni.., kita cerita ni.., bukan kita nak salahkan sapa2.., tapi kita keliru.., Ana Rafali tu lagi tak salah.., bukan salah dia pun.., dah dia menang.., biaq pi la rezeki dia.., a dak?

Haha.., yang dikatakan pilih juara lagu tu macam mana.., mazhab apa..?

Saya secara peribadi menyimpulkan begini.., beerti juara lagu ni.., mahu memilih lagu popular yang terbaik dalam satu2 era.., haha.., betul..?? maka yang dikatakan lagu popular terbaik ni macam mana..? macam saya kata awai tadi.., nak ikut style exam masa ipt dulu ka..apa..? nak tengok originaliti lagu tu ka apa..? maknanya yang takdak meniru mana2 muzik lain.., melodi lain.., atau saja2 nak tukaq arah.., nak tukaq dimensi.., nak tukaq perspektif rakyat terhadap arus muzik tanahair..? kalau nak tukaq, siapa yang patut tukaq..? haha.. a dak..? kalau tak tukaq pun arus muzik automatic berubah sendiri jugak.., haha.. a dak an..? atau saja2 nak bikin surprise kat rakyat Malaysia supaya pahat teruih berbunyi..? haha.., a dak an.. tu baru secara pendekatan muzik.., melodi.., belum lirik lagi.., nak lirik pasai apa yang dikatakan popular terbaik nih.., pasal politik ka..pasai cinta ka.., kena seratuih peratuih bahasa Malaysia ka.., boleh campuq bahasa asing ka? Kalau lagu bahasa cina masuk macam mana..? haha..a dak?

A dak..?

a dak an..?..haha..

Ni belum part pengacaraan.., part juri pilihan.., part keseluruhan konsep dan pendekatan persembahan program.., part Faizal tahir yang aku rasa terlebih push.., part persembahan2 artis.. part keputusan lain.., vocal dan persembahan terbaik..haha.., macam2 lagi nih.., haha.. a dak an..?

Apapun.. tak banyak yang kita boleh buat.., setakat mesyuarat aje la.., yang dah lepas tak boleh repair apa dah.. a dak..? yang akan datang la harapan pun..

(sambil mematikan rokok)

Saya sebenaqnya ada hal ni.., nak cerita panjang2 pun..takut ambik masa lama.., apa kata kita bukak pada semua ahli.., rasa nak bersuara, bersuara aje.., kita bincang.., sebab saya sendiri pun mungkin ada beberapa perkara yang saya silap dan terlepas pandang.. a dak an..?

Jadi saya bukak meeting ni.., sambil tu silalah..,minum ka makan ka apa yang ada.., silakan.., saya dulukan dengan terima kasih kepada semua ahli majlis yang bertandang.., dan tahniah la buat Ana Rafali.., ok budak tu..dia ikut je tuh..

Okeh.., silakan..; )