Assalamualaikum, buat ahli majlis semua.., nampaknya lama sangat saya tak turun meeting di sini.., jadi.., sebagai Tuan Pengerusi saya mohonkan keampunan terlebih dahulu.., kerana masa yang diluangkan agak kurang.., maklumlah.., banyak perihal negara yang harus saya tangankan..
baiklah.., berkenaan Juara Lagu yang ke 25 ini.., hmm...
sebelum tu.., kepada sesiapa yg nak merokok.. silakan.. sebab saya jugak merokok.., haha..
ni.., hal juara lagu ni.., macam mana..? lama saya duk perhati.., sebenaqnya pa dia juara lagu ni..? juara lagu ni apa dia..? ..kalu ikut dari pemerhatian saya.., juara lagu ni macam ada 'salin kulit'.., ini yang buat kita semua ni keliru.., a dak.., bukan la ni sahaja.., kekeliruan ini dari dulu lagi... a dak.., macam ada dua muka.., two faces.., atau double faces.., macam cerita apa tuh..? ...haa...cerita batman.., mula2 katanya lagu2 yg duk bertanding tu ikut undi.., dengaq cerita la.., a dak.., maknanya apa..? maknanya depa duk tarik lagu2 yang dikatakan popular la.., a dak.., popular.., popular maca mana..? dan sebab apa..? ha ini kita tak tahu..
meh pas ashtray tu sat..
(ashtray dihulur)
ma kasih..
a dak..? kat mana tadi..?... haa.., popular.., lagu yang diundi tinggi.. a dak.., maka barulah lagu2 itu di tarik ke peringkat..? ..separuh..? ..akhir.. a dak..
haha..
ha ini..!
maka bila kita kata lagu popular.., maknanya apa..? maknanya.., lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir tadi.., boleh jadi berkualiti.., dan boleh jadi jugak tak..? ..tak berkualiti.. a dak? maknanya baguih tak baguih tu belakang ceritaa la.., a dak? Nasib la.., dah diundi.., biaq pi kat penonton la.. a dak? Dah kata lagu popular.., ..Tapi ni tidak.., tang separuh akhir ni la depa duk salin kulit..! wajah dan pendirian berubah.., tukaq mazhab.., pasang juri..dan dan nak carik lagu berkualiti nak bawak pi masuk peringkat akhir.., pasai apa..? time undi dulu takdak pulak pasang juri ke hapa ka.. adak? Kalu betui nak carik lagu berkualiti.. dah berlambak lagu berkualiti tergadai terkorban sepanjang tahun tuh..
.. a dak?
.. a dak..? ini yang buat orang keliru.., a dak an?
Boleh la.., tapi biaq jelas la.., ni dari waktu diundi pun tak teluih.., a dak? Tau tau dah terpilih.., terpilih macam mana.? Ha ini kita tak tahu.. a dak? kut nak pilih ikut artis ni lahir dari program terbitan mana ka..? haha..
Haa.. a dak..? haha..
Ha tu belum tanya lagi.., kualiti macam mana..? apa garis ukurnya..? balik zaman sekolah punya exam ka..? atau nak ikut arus politik ka..? atau nak ikut arus muzik dunia ka..? apa..?! Malaysia duk sibuk satu Malaysia.., lagu pun nak kena pilih ikut satu Malaysia ka..? haha.., apa dia nih.., haha..a dak..?
Dah lah budaya kita kat sini budaya ngikut.., barat duk buat macam tu kita buat macam tu.., barat duk buat lagu ni kita pun buat lagu ni.., kalu makin baguih tak pa la.., ni separuh tu makin hancuq.., haha.., a dak..? identii muzik pun tak da..
A dak..? haha..
Huuh.., dahaga tekak..
(meneguk air.., dan menyalakan sebatang lagi rokok)
Ha..?
A dak?
Ni.., kita cerita ni.., bukan kita nak salahkan sapa2.., tapi kita keliru.., Ana Rafali tu lagi tak salah.., bukan salah dia pun.., dah dia menang.., biaq pi la rezeki dia.., a dak?
Haha.., yang dikatakan pilih juara lagu tu macam mana.., mazhab apa..?
Saya secara peribadi menyimpulkan begini.., beerti juara lagu ni.., mahu memilih lagu popular yang terbaik dalam satu2 era.., haha.., betul..?? maka yang dikatakan lagu popular terbaik ni macam mana..? macam saya kata awai tadi.., nak ikut style exam masa ipt dulu ka..apa..? nak tengok originaliti lagu tu ka apa..? maknanya yang takdak meniru mana2 muzik lain.., melodi lain.., atau saja2 nak tukaq arah.., nak tukaq dimensi.., nak tukaq perspektif rakyat terhadap arus muzik tanahair..? kalau nak tukaq, siapa yang patut tukaq..? haha.. a dak..? kalau tak tukaq pun arus muzik automatic berubah sendiri jugak.., haha.. a dak an..? atau saja2 nak bikin surprise kat rakyat Malaysia supaya pahat teruih berbunyi..? haha.., a dak an.. tu baru secara pendekatan muzik.., melodi.., belum lirik lagi.., nak lirik pasai apa yang dikatakan popular terbaik nih.., pasal politik ka..pasai cinta ka.., kena seratuih peratuih bahasa Malaysia ka.., boleh campuq bahasa asing ka? Kalau lagu bahasa cina masuk macam mana..? haha..a dak?
A dak..?
a dak an..?..haha..
Ni belum part pengacaraan.., part juri pilihan.., part keseluruhan konsep dan pendekatan persembahan program.., part Faizal tahir yang aku rasa terlebih push.., part persembahan2 artis.. part keputusan lain.., vocal dan persembahan terbaik..haha.., macam2 lagi nih.., haha.. a dak an..?
Apapun.. tak banyak yang kita boleh buat.., setakat mesyuarat aje la.., yang dah lepas tak boleh repair apa dah.. a dak..? yang akan datang la harapan pun..
(sambil mematikan rokok)
Saya sebenaqnya ada hal ni.., nak cerita panjang2 pun..takut ambik masa lama.., apa kata kita bukak pada semua ahli.., rasa nak bersuara, bersuara aje.., kita bincang.., sebab saya sendiri pun mungkin ada beberapa perkara yang saya silap dan terlepas pandang.. a dak an..?
Jadi saya bukak meeting ni.., sambil tu silalah..,minum ka makan ka apa yang ada.., silakan.., saya dulukan dengan terima kasih kepada semua ahli majlis yang bertandang.., dan tahniah la buat Ana Rafali.., ok budak tu..dia ikut je tuh..
Okeh.., silakan..; )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kah2....aku dah baca sampai habis ...last2 aku pening banyak sangat a daknya....kiki.....AJL aku macam lost ....tak tau nak komen ...ntah rasa macam2 ....macam betul macam tak betul....masa menonton macam faham apa itu AJL tapi bila keluar result ....aku lost terus....
ReplyDeletekekeliruan dalam AJL wujud dari dulu.., sehingga ada kalanya aku rasa ia seperti menjadi escapism untuk memungkinkan sapa2 saja jadi pemenangnya..
ReplyDeletebetul gak. masa pilih nak masuk separuh akhir, guna undi takdak juri. tapi bila masuk keparuh akhir , salin kulit pakai juri pulak dah. apa kes? kalau nak undi, undi dr awal sampai tamat la. undi ni sume org sedia maklumla, diorg undi ikut telinga masing2. bukan ikut kualiti.
ReplyDeletekalau guna juri, diorg guna skill mereka masing2 utk pilih lagu yg bagus utk dibawa ke akhir.
bab juri, tak boleh salahkan diorg sebab masa diorg jadi juri, dah disediakan lagu2 yg dipaksa utk dijurikan. jadi diorg pon menjurikanlah apa yg telah disuruh jurikan (amik kau haha)
AJL ni pon tak berapa relavan sgt dh. sebab bila buat show, sume konon nak gimik tahap gaban punya. lagi sumbang mcm mana pon, kalau yg suara tak sedap tu, tumpu kat persembahan, mana tahu silap2 boleh menang persembahan terbaik. at least dpt bawak balik duit gak walaupun lagu macam hampeh.
pengacara,
sudah2 la dgn muka 3 org yg tak pernah tukar2 ni. ally iskandar tu umpama dato hasbullah awang yg dimana2 saja acara sukan mesti keluar suara dato hasbullah awang. kekurangan sgt ke pengacara kat TV3 ni?
dah la buat lawak tak pernah lawak. bila buat lawak je aku cakap "aaaa tang mana yg lawak ni?" sesama diorg je paham. org lain blur. dah masalahnya nak buat lawak pon pakai skrip dan penulis skrip pon kayu tak reti buat lawak dan takde sense of humor.. mmg sume pon kayu la. letih aku nak komen pasal AJL ni. adeh.. saya serahkan kat sapa2 yg nak bg komen plak la. terima kasih tuan pengurusi sebab bg saya cakap skit tadi
(minum teh panas sambil dgr org lain bercakap )
haha biasela bro .. bende2 mcm nih akan berpusing camtu jer .. huhu ..
ReplyDeletemlm tu mg tuhan kate rezki ana .. untung die .. :)
sama-sama Saudara Cikokui..
ReplyDeleteapapun, tugas juri sememangnya hanya menilai lagu2 yg telah terpilih sahaja.., soalnya bagaimana lagu2 itu dinilai..? antara garis dan pendekatan penilaian, antara citarasa dan tahap ilmu juri2, tak banyak sikit memainkan peranan..a dak?
tang pengacara tu payah sikit nak komen.., namun bab lawak syok sendiri tu mungkin ada benarnya..
saya tak pasti samada saya setuju program ini dihentikan.., tapi saya sungguh pasti kalau program ini dinaik tarafkan..; )
soal rezeki ni payah nak cakap.., dah tentu bukan kuasa kita Encik Puchuq.., a dak? ni soal hakiki..haha..
ReplyDeleteEh minum Encik Puchuq.., ha ini pun rezeki jugak.., hahaha
bro,
ReplyDeletekalau nak naik taraf tu susah skit sebab cara nak naikkan rating ajl ni ialah memasukkan lagu2 yg popular dan yg ramai peminat. contohla yek, kalau shahir tu nyanyi lagu tak sedap (tapi lagu yg dia nyayi tu mmg sedap) , disebabkan dia fofular, mcm mana pon dia akan masuk final sebab nak tarik penonton tgk ajl. kalau dia masukkan lagu yg juri pilih yg mana lagu2 sume bagus tapi tak popular, takut nanti takde sapa nk tgk plak ajl ni.
kan sume ni bisnes. bab seni tu tak penting sgt haha
Cikokui.., nama pun show bizz.., cuma aku suka kalau dapat asingkan sikit kes AJL ni.., kepentingan lagu dan persembahan sangatlah penting.., apabila seluruh masyarakat dah terikat dari sebuah pendekatan popular.., ianya boleh saja dianjak kepada sebuah pendekatan persembahan berkualiti..penonton bukan lagi soalnya.., maka kalau dinaiktarafkan secara citarasa seni berilmu yang tinggi.., ianya tidak akan salah.., malah menjadi lebih murni.., sekurang-kurangnya mencerdikkan lagi penonton dan penontonan kita..
ReplyDeletelagu yang sedap tak semestinya sedap untuk semua orang.., dan tak semesti jugak berkualiti..dan selalunya hanya sedap di telinga dan jiwa sesama kita, bukan telinga dan jiwa penggemar muzik dunia.., tapi lagu yang berkualiti boleh sahaja mengangkat industry muzik kita ke tahap dunia..
eh.., sambil2 tu minum lah..
antara lain.., maksud saya.., AJL sudah istimewa.., menjemput penonton bukan lagi masalah.. cuma saya lebih suka melihat AJL meningkat dan menjadi lebih dewasa.., macam anak lah.., kita suka lihat mereka membesar dan menjadi bijak..
ReplyDeletesemalam tak tau nak cakap hari ini boleh la cakap sikit2......bila terbaca dan nama2 para juri ...pehhh....hebat2 nak komen pun rasa macam bersalah la pulak.....adakah benar lagu dan lirik ana R tu bagus TUAN PENGERUSI......aku ni tak berapa nak reti laa....tapi aku setuju bila tuan P kata yang faizal tahir terlebih push....hihi nak terbang kemana dia tu yer....kalau dia kool macam biasa pasti lagi hebat ...yer tak.....dari sudut halwa teliga aku laa kan...lagu ana R tu macam biasa2 jer....tak nampak macam luarbiasa pun....tuan P agak lagu mana yang patut menang......
ReplyDeleteterima kasih Encik Sexy..
ReplyDeleterata-rata kalau kita tengok sekali lalu.., lebih kurang je pun.., bagi saya laa.., barangkali trend sekarang kat telinga orang ramai kita, minat lagu2 macam tu.., fresh kot..
serupalah dengan benda laen pun.., banyak perkara akan berubah akibat dek kemajuan.., ni memang penyakit negara-negara maju..
berbalik pada lagu.., masing2 ada cara menjual lagu masing2.., melody kalau boleh semua nak 'catchy'..semua nak jadi siulan ramai..tapi taklah mudah.., ini soal kesabaran dan kaedah mendapatkan ilham..
nak menjawab soalan En Sexy.., saya sebenaqnya senang dengan lagu si...., sapa nama tuh.., lagu si...Yuna.., lagu tu saya kira baek.., tapi saya ni belum lagi menilai sepenuhnya.., jadi saya belum mahu untuk memuktamadkannya..
tentang juri2 yang dipilih tu.., hmm.., tang ni payah sikit.., apatahlagi tang ketua juri tu.., payah bukan pasai apa.., pasai ramai yang saya tahu minat ke dia.., a dak..? tapi tu lah.., pendapat peribadi saya.., M.Nasir tu pun belum bulat ilmu muziknya.., kelompoknya jugak tak banyak yg membantu.., tapi ya lah.. rata-rata pun ramai yg macam tu..selain genre dan ism.., muzik ni ada pelbagai tuntutan dan penghasilannya.., lazimnya di Malaysia hanyalah pada tuntutan practical saja..alamat hasilnya juga tahap practical la.., a dak?
yang pasai si Faizal terlebih push ni bukan apa.., maksudnya gini.., secara peribadi saya seperti terasa yang dia ni diberi sedikit kelebihan berbanding finalis yang lain.., pasai apa.., ha ni kita tak tahu.. haha.. ni pun satu hal lagi.., panjang nak cerita..a dak..? ikut la rezeki dan usaha masing2..
sebenaqnya kita kalau nak berbincang ni kenalah lebih menjurus.., topiknya harus satu2.., cuma saya percaya perkara2 yang kita lontar di sini..merupakan impressi.., jadi utk permulaan ini saya tak kisah.., haha..a dak..?
eh.., tuang la air tu lagi.., minum2..
Salam Tuan Pengerusi & kawan2... Minta hulur gelas satu, best juga air teh ni...
ReplyDeleteAku setuju juga dgn pandangan orang2 yg mempertikai kehebatan juri2 yg ade. Ini nampak dari keputusan AjL tu sendiri. Mungkin xsemua setuju dgn keputusan juri tp hakikat AJL langsung x boleh dijadikan penanda aras utk industri muzik kita. Bukan nak memburukkan sang juara vokal (bukan juara lagu eh) tp mcm xpercaya budak bintang reality tu boleh pegang anugerah vokal terbaik.
Apa2 pun bukan pemenang2 tu yg salah, diaorang sapu je. Mungkin tuan Pengerusi boleh kupas skit kat mana penilaian lagu tu lebih perlu kita fokuskan daripada memilih trend lagu itu sendiri....
Minta tambah air skit... ;)
W'salam En Ezzuan..
ReplyDeletemai dari mana..? berpeluh nampak..
ha minum minum.., dahaga a dak..? sila sila..
tang vokal terbaik tu.., barangkali si Hafiz tu terpilih mungkin pasai kejelasan lirik dan teknik lontaran suara.., barangkali jugak nyanyiannya pada malam tu nyanyian yang paling kurang sumbangnya.., sebab rata2 yang menyanyi malam tu sumbang mambang jugak.., kadang-kadang pendekatan sesebuah lagu jugak boleh mengelirukan.., definasi nyanyian yang baik ini perlu diseragamkan.., atau masing2 akan menilai nyanyian yang baik mengikut halwa telinga masing2 je nanti.., sebab kita tak dapat menyekat perkembangan seni.., kalau dulu, yang dikatakan nyanyian yang baik ini, beerti berdiri, senyum, mengalunkan suara yang merdu mengikut melodi dan lirik yang telah dicipta.., namun sekarang ianya sudah bertukaq.., revolusi dan evolusi telah berlaku.., melakonkan nyanyian juga telah menjadi kegemaran dan kekaguman yang ditekankan.., cuma saya percaya.., semaju mana pun.., sumbang tetap sesuatu yang akan diperkatakan lah.., haha.., a dak? haha.., kalau sumbang pun ok.. tak tau la.., haha.., a dak an?..
dahaga la pulak..
tuang sikit ke cawan aku sekali..
nyala rokok sat..
fuuhh.. ok..
yang dikatakan lagu ni.., hmm.."LAGU" ni sebenaqnya tajuk besaq dia.., yang menjadikan, atau yang melahirkan lagu ni datang dari beberapa peringkat.., juga datang dari beberapa elemen.., 'lagu' ni adalah hasil.., benda siap.., a dak..? ha ini kita kena belajaq kat luaq.., panjang cerita nya nih.., haha.. a dak.? kena buka kelas ni.., haha.., a dak..?
apapun.., secara ringkasnya melodi, lirik, susunan muzik & bahasanya.., juga cara n method ianya disampaikan.., memainkan peranan.., barulah lagu tu lengkap dan bernyawa.., selebihnya terpulang kepada tahap kesempurnaan ketika ia dipersembahkan.., tak kiralah pertandingan ka.., show fun fair ka.., haha.., a dak?..haha..
eh.., huluq teko teh tu kat En Ezzuan kita ni..
mai jauh nih.., haha.., minum minum.., tuang ke aku sekali..
A... saya pergi refill air teh jap.. macam nak habis je.. minum2 hehe..
ReplyDelete*Pendengar..
baguih tu En Munix..
ReplyDeletekalau boleh biar ada dua.., hak panaih hak sejuk.., pilihan ni penting..a dak an..?
kuih pun nak habis ni..
cuba check warung depan nuh.., kalau bukak tapau sikit..
terima kasih ni.., adeh apa nama.., ni En Munix..
berbalik pada En Ezzuan tadi..
ReplyDeletekalu kita merujuq pada.. apa nama.., AJL nih.., untuk mengasingkan trend lagu nih agak payah.., sebab.., macam saya kata.., pada awai lagi lagu2 tu kononnya terpilih dari undian orang ramai.., ha.., a dak.? di sini kita ambik luruih je la.., sebab kalu nak ambik tak luruih.., difikir-fikirkan dalam-dalam.., agak pelik jugak lah.., yang tang mana pengundi-pengundi majority kita pandai menilai lagu-lagu trend baru ni.., a dak..? ni bukan nak menghina ke apa ka.., ni kenyataan.., sebab rata-rata masih layan gerak khas.., maknanya kalu lagu depa akan pilih yang leleh-leleh lagi a dak?..haha.. a dak..?
tak tau la.., mungkin saya yang ketinggalan tak tau la.., kot rata-rata semua dah pandai bercitarasa ka.., a dak?.. kot kemajuan lagu lebih senang diikuti berbanding tv dan drama ka tak tau la...haha.., a dak an..?
haha..
eh Munix.., kata nak pi beli..
owh lupa.., nah duit..
baguih munix ni.., rajin..
tuan pengerusi, dari tadi saya duk ternganga. penin haih, hat tu bukan, hat yang ni pun bukan. hat mana sebenaqnya pun tak tau. al maklum lah baru fes taim masuk meeting nih.
ReplyDeleteharu!
oh somehow.. eh nak kenkonon selit sikit bahasa ongputih sana bulih dak pengerusi? aaa.. aku setuju jugak dengan apa ka nama ahli ni..hah cikokui.. populariti dan rating dan bisnes. kadang-kadang aku kabur dengan nilai seni itu sendiri, di mana letak tinggi rendahnya. maap cakap le. kebanyakan lagu yang bertanding, nampak biasa-biasa je.
*telan ayaq liuq*
takut haih nak cakap banyak2. maklum lah fes meeting...
aku pun haus juga tak hulur ke gelas kat aku......
ReplyDelete....pejam2 mata aku cuba memahamkan butir2 mesyuarat ni .....ada yang aku paham dan ada yang aku buat2 paham.....
....mak ai ...haus yer anak tekak ni....
Penat betul wa bro berlari dr Simpang tu, kene kejar anjing bro, cari jalan xjumpe... Tu yg berpeluh2 ni... ;)
ReplyDelete(sambil hidupkan rokok)
Evolusi muzik datang dari arus setiap generasi baru, Aku nampak kelebihan sang juara Dari sudut 'generasi' itu. Boleh juga dikatakan revolusi itu sendiri akan mengorbankan citarasa ramai...
Jd kesudahannya pasti timbul dengan persoalan, komen dan relevan anugerah juara lagu itu.
Kenapa dahulu keputusan AJL jarang2 dipertikaikan? Aku setuju sangat ngn Lu bro bile, kita xdapat menghalang perkembangan muzik. ;)
(Minum skit, hilang skit haus. Padam rokok)
Mana Che Munix ni dr td xsampai, bagus dia ni, harap2 jgn dikejar anjing cam saya td... ;)
Mungkin ramai yg berciterase Tinggi tp xtau nak ikut industri muzik dari mane, kadang2 lagu yg x popular pun tetap segar dalam ingatan... ;)
beruntung kite dapat orang mcm bro Khir yg xkedekut ilmu ni, boleh gak nilai dari sudut yg lebih indah.
Yang sedihnye bile lihat pengiktirafan juri2 yg 'hebat' xsehebat keputusan yg dibuat.
Tp yg bestnye kite dapat tumpang happy tgk Ana rafali menang Hadiah lumayan sbb lagu & lirik pun dia yg buat... ;) Cayalah Ana Rafali...
Bro Munix, mcmane wa nak dapat no hp Ana rafali?